


Sebelum aku memanjangkan coretan aku ini elok rasanya aku menceritakan serba sedikit sejarah facebook. aku rasa setengah2 kalian sudah mengetahui sejarahnya.Facebook diluncurkan pertama kali pada tanggal 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg sebagai media untuk saling mengenal bagi para mahasiswa Harvard.
Dengan kesuksesannya tersebut, Zuckerberg beserta dua orang temannya memutuskan untuk pindah ke Palo Alto dan menyewa apartemen di sana.
Setelah beberapa minggu di Palo Alto. Zuckerberg berhasil bertemu dengan Sean Parker (cofounder Napster), dan dari hasil pertemuan tersebut Parker pun setuju pindah ke apartemen Facebook untuk bekerja sama mengembangkan Facebook. Tidak lama setelah itu, Parker berhasil mendapatkan Peter Thiel (cofounder Paypal) sebagai investor pertamanya. Thiel menginvestasikan 500 ribu US Dollar untuk pengembangan Facebook.
Menurut statistik dari facebaker pengguna facebook dari malaysia adalah seramai 6 882 940 iaitu menghampiri angka 7 juta. pengguna lelaki adalah paling ramai iaitu 3 513 900 manakala pengguna dari golongan hawa pula seramai 3 274 820. dari angka statistik dari facebaker ini dapatlah kita rumus ramai lelaki berminat dalam bidang laman sosial ini. menurut kajian juga angka pengguna dari setiap gender semakin meningkat dari setahun ke setahun.
Kalau kita melihat dari angka memang kita akan terkejut kerana pengguna facebook dari malaysia telah menghampiri 7 Juta dari jumlah keseluruhan pengguna facebook seramai 472 185 420 dari seluruh dunia. dari keenam-enam benua di dunia ini benua asia merupakan penyumbang utama peningkatan pengguna facebook dunia.
dari apa yg telah aku papar disini diharap korang tidak terkejut ini adalah realiti di mana kita adalah penyumbang ke arah peningkatannya. jika korang mempunyai banyak masa terluang bolehlah korang tengok website ini untuk melihat angka statistik pengguna facebook dari seluruh dunia. sila lawati http://www.facebakers.com sekian dari aku penulis blog coretanku.

0 Comments