Tiket aku masa pergi Sarawak
Kapal terbang aku naik pergi ke Sarawak
Salam sejatera semua...
Hari ini aku ingin menceritakan pengalaman pertama aku menerbangkan diri aku di awan. memang aku amat teruja dan kagum dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang. sememang tepatlah baginda rasulullah bersabda"satu hari para besi akan terbang dilangit dan terapung di atas lautan" boleh x kalian bayangkan besi yang berat tu mampu terapung di udara. sememangnya aku memang kagum la dengan teknologi sekarang. selain dari itu aku telah sampai ke destinasi yg dituju dengan cepat sekali.
Kalau menceritakan bab teruja pula, aku teruja kerana dari atas sana aku mampu melihat daratan dengan jelas sekali. bila aku lihat dari atas aku lihat kontur bumi seperti yang digambarkan dalam subjek geografi masa aku tingkatan satu hehehehe...teringat lagi aku kat cikgu geografi aku iaitu Pn Maimunah Julie...dia la insan yg mengajar aku mengenal erti dunia sekarang.
Ok balik kepada tajuk kita, aku ingin menceritakan kejayaan syarikat penerbangan malaysia pertama iaitu MAS. memang aku rasa semua orang tentang MAS tapi xsemua orang tahu tentang sejarah MAS..
Era 60-an menyaksikan perubahan dalam bidang pengangkutan udara. Penubuhan Malaysia pada tahun 1963 membawa kepada penukaran nama Malayan Airways kepada Malaysian Airlines Limited (MAL). Dan sebagai penerbangan kebangsaan, MAL bertanggungjawab menghubungkan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak dengan Malaysia barat iaitu Semenanjung Malaysia dan Singapura.Melihatkan pentingnya integrasi diantara Borneo dan Semenanjung Malaysia, maka Borneo Airways bergabung dengan MAL pada tahun 1963 dan membeli 5 F27.Berikutan dengan kemerdekaan Singapura pada tahun 1966, kerajaan Malaysia dan Singapura mejadi pemegang saham utama di dalam MAL, menyebabkan penukaran MAL kepada Malaysia-Sinapore Airlines atau MSA. MSA memperkembangkan sayapnya dengan memulakan servis ke Manila, Perth, Sydney dan Taipei. MSA juga turut menambah pesawatnya dengan pembelian 3 Boeing 707 dan dua F27 dan mendirikan ibu pejabatnya di Robinson Road, Singapura. Manakala pada tahun 1968, MSA memulakan penerbangan ke Tokyodan Bali pada tahun 1969. Dalam masa setahun saja, MSA mengembangkan sayapnya ke Madras dan Colombo.Tahun 1971 merupakan tahun yang cukup penting bagi MSA dimana pada tahun ini kerjasama diantara Malaysia dan Singapura berakhir. Perpecahan ini berikutan perbezaan pendapat di antara dua kerajaan. Singapura mahu menumpukan destinasi antarabangsa manakala Malaysia mahu menumpukan kepada perhubungan domestik. Ini menyaksikan lahirnya dua penerbangan, Sistem Penerbangan Malaysia bagi pihak Malaysia pada April tahun yang sama dan Singapore Airlines di pihak Singapura.
Pada tahun 1976, MAS memasuki era informasi dimana MAS menggunakan teknologi komputer untuk operasinya. Pesawat DC10 memasuki perkhidmatan membolehkan MAS menawarkan perkhdmatan yang lebih selesa dan efisien. Servis udara ke Frankfurt, Amsterdam dan Paris diperkenalkan.Pada tahun 1985, melalui Dasar Penswastaan, MAS memasuki sektor korporat dengan menawarkan 70 juta saham untuk didagangkan. Dalam proses permodenan, MAS membina kemudahan membaiki dan membaikpulih pesawat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dan mendirikan ibu pejabat baru di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Bangunan setinggi 36 tingkat ini menelan belanja RM88 juta, kini menjadi salah satu pencakar langit menghiasi Kuala Lumpur. kini malaysia mampu berbangga dengan adanya lapangan terbang antarabangsa KLIA.

0 Comments