Salam 1malaysia hari ini aku tergerak untuk mengutarakan satu fenomena yg tidak asing lagi di kalangan rakyat malaysia. aku merasakan fenomena ini sangat bagus nak berbanding budaya melepak di pasaraya terkemuka seperti ct plaza, ipoh parade, astaka, mid valley dan lain-lain. kalau aku nak sebut semua pasaraya terkemuka jawapannya penuh la entri aku kali ini. fenomena yg aku maksudkan budaya membaca novel. tak kenal maka tak cinta hehehehe..jiwang la plak. sebelum kita pergi jauh tentang fenomena ini apa kata kita berkenalan dengan novel dahulu.
Novel sudah menjadi satu perkara penting dalam kehidupan remaja. Biasanya remaja suka membaca novel yang berunsur cinta. Novel merujuk bentuk penulisan yang panjang dan memaparkan pelbagai ragam kehidupan manusia. Novel memang menjadi aspek penting dalam kehidupan remaja terutama novel berunsur cinta yang mengasyikkan jiwa remaja. Cuma membaca novel mampu membawa impak positif dan negatif yang harus diberi perhatian oleh semua pihak terutama sekali ibu bapa. jangan membiarkan anak2 asyik membaca novel sampai kerja rumah diabaikan hehehehe..bukan apa anak2 asyik membaca untuk menghabiskan novel. tambahan masa cuti panjang memang lagi asyik membaca la.

Cerita pasal asyik membaca novel. masa aku tingkatan 5 aku telah dikejutkan dgn 1 budaya membaca novel dikalangan kawan2 asrama aku. pada mulanya aku buat xtau saja budaya tu tapi sekian lama aku pun terpengaruh dengan rakan2 sebaya aku. aku pernah membaca novel setebal 800m/s huhu...setebal buku cambell biologi. semasa aku membaca novel itu aku xmerasa langsung masa yg berjalan. al maklum sedang asyik membaca novel. ingat senang ke nak kena imagin watak2 dalam novel tu.

Aktiviti membaca sudah pasti membuka minda remaja terhadap sesuatu isu yang dipaparkan dalam novel yang dibaca.Tema yang digarap oleh penulis itu sememangnya berkaitan dengan isu semasa realiti dan ini memberi satu bentuk pemahaman yang mudah kepada remaja. Novel menjadi isu semasa itu sesuatu yang mudah difahami tetapi dibentangkan dalam bentuk cerita yang lebih bersesuaian dengan diri remaja. Oleh itu, semakin banyak novel yang dibaca semakin luaslah minda remaja.

Namun, pembacaan genre sastera ini turut membawa kesan buruk iaitu mengabaikan tugas sebagai pelajar. Masa yang panjang untuk membaca novel menyebabkan pelajar akan melupakan tanggungjawabnya untuk belajar atau membuat kerja sekolah yang penting itu. Masalah ini semakin kronik apabila remaja itu membaca lebih banyak novel dalam tempoh yang lama. Kesannya, pencapaian pelajar terbabit mungkin akan terus merosot terutama ketika peperiksaan utama umum diambil oleh mereka. aku mengharapkan kepada pembaca aku sekalian tidaklah mengabaikan tugas utama mereka semasa membaca novel especially to my follower mcm ain tu. suka sangat membaca novel. tak habis2 promote kat aku suruh baca novel. kepada nadia lak. jangan asyik baca novel je banyak lg asigment kena siapkan. kepada maya cute jangan baca novel sampai xigt kerja plak hehehe..

Kesimpulannya, membaca novel memang baik tetapi impak buruknya turut wujud. Seseorang remaja itu perlulah pandai menilai dan memilih jenis novel yang sesuai dengan usia mereka.Pembacaan yang meluas dalam kalangan remaja turut membina satu kelompok remaja negara yang berpengetahuan luas dan memiliki pemikiran yang kritis. pembacaan yang aku maksudkan disini ialah pembacaan bahan ilmiah lain. sekian dari pencipta blog coretanku...