johan
Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2010 apabila tewaskan juara bertahan, Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil. Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka jaringan hasil sepakan penalti yang di ambil oleh Sharulain. Negeri Sembilan telah mendapat sepakan penalti setelah penjaga gol kelantan iaitu Khairul Fahmi mengasari pemain Negeri Sembilan.
Selepas itu Shahrulain dengan mudah menjaringkan gol walaupun terpaksa mengambil penalti untuk dua kali. Selepas itu Kelantan seperti cacing kepanasan telah melancarkan beberapa serangan, tetapi serangan mereka agak tumpul dan mudah dipatahkan oleh pemain Negeri Sembilan sehinggalah tamat separuh masa pertama.
Masuk babak separuh masa kedua kelantan telah berusaha keras untuk mencari gol penyamaan. Kelantan telah melancarkan serangan yang bertali arus dan akhirnya Nor Shahrul telah melakukan hantaran silang yang menarik dan ditanduk dengan mudah oleh Hairuddin Omar. Selepas itu Negeri Sembilan telah melancarkan serangan balas tetapi pertahanan kelantan berjaya menghalang serangan mereka. Pada lewat separuh kedua Badri Radzi atau dikenali Pia telah menjadi hero kepada kelantan apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan. beliau telah mendapat lorongan bola yang menarik Farhan dan dengan mudah Pia merembat ke gol Negeri Sembilan.Sehingga wisel penamat dibunyikan oleh Sukideen maka tertakluklah Pia hero kepada kelantan. Maka dengan itu rasmilah Piala Malaysia menjadi hak milik Red Warrior. Tahniah diucapkan kepada pemain kelantan. Dengan kemenangan itu wakil tok guru Nik Aziz telah mengumunkan esok (31.10.2010) adalah cuti peristiwa.