20.10.2010 – Telah berlangsung perlawanan bola sepak antara kedah menentang kelantan dan negeri sembilan menentang johor FC. perlawanan semalam di kedua-dua tempat sangat sengit di mana ke empat-empat pasukan cuba mempertahankan gol mereka di bolosi pihak lawan. di negeri sembilan, Johor FC telah berjaya memperolehi satu gol yang bermakna. pada akhir perlawanan johor FC telah berjaya mengalahkan negeri sembilan 1-0
Di stadium darul aman, kedah telah menentang kelantan. pada awalnya kedah telah melancarkan beberapa siri serangan di mana setiap serangan itu telah membuat barisan pertahanan kelantan menjadi kucar kacir. tetapi semagat yang kental yang telah ditunjukkan oleh penjaga gol kelantan iaitu khairul fahmi telah mematahkan serangan kedah yang bertali arus. pada awal permainan kelantan telah menukarkan tiga pemain gantian kerana terdapat kecederaan yang di alami oleh pemain pertahanan.
pada akhir babak separuh masa pertama kelantan telah menjumpai rentak permainan. pada ketika kelantan telah berjaya membuat serangan ke atas gol kedah. tetapi semangat yang kental telah berjaya menghalang gol kedah dari di bolosi.
pada babak separuh masa kedua kelantan telah melancarkan banyak serangan ke atas kem pasukan kedah. kelantan yang telah mendapat rentak terus cemerlang menyerang pasukan kedah. kedah hanya melancarkan beberapa serangan balas. tetapi berkat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pemain kedah telah berjaya menghalang serangan dari pasukan kelantan.
pada akhir perlawanan kedah telah berjaya menlancarkan beberapa serangan balas. setelah wisel penamat dibunyikan oleh pengadil tiada sebarang jaringan berjaya dihasilkan kedua-dua pasukan. kedah telah melakukan yang terbaik begitu juga kelantan. semangat juang yang telah ditunjukkan kedua-dua pasukan patut dipuji. selain itu tiada sebarang insiden yang buruk berlaku sepanjang perlawanan berlangsung. kita mengharapkan penyokong kedua-dua pasukan dapat mengawal emosi masing-masing.

0 Comments