Jogja adalah destinasi melancong yang sangat menarik. Tempat-tempat perlancongan yang baru dan menarik selalu ada dan tak pernah habis. Sebut saja melancong zaman purba mulai dari Kraton Jogja, Taman Sari, Malioboro dan Prambanan. Kini sudah ada tempat melancong zaman kini seperti Mangunan dan Gua Pindul. Dari Sleman, Kulonprogo, Bantul, Gunungkidul dan Jogja itu sendiri selalu menyajikan kejutan yang membuat kita tidak bosan ke sana. Berikut antara tempat-tempat menarik di Jogjakarta:

1. Jalan Malioboro


Kalau pergi jogjakarta tetapi tidak pergi jalan ini memang belum lengkap anda melancong ke sana. Di sana banyak kedai makanan atau tempat shoping yang menarik dan murah. Anda boleh shoping baju/kain batik dan buah tangan untuk di bawa pulang kepada kawan atau ahli keluarga. pada waktu malam jalan ini tidak pernah sunyi kerana terdapat banyak gerai-gerai di buka seperti pasar malam.

2. Gunung Kidul


Gunung kidul memang menyimpan pesona alam yang luar biasa. Curug Luweng Sampang ini menyajikan keindahan yang tidak boleh kamu lepaskan. Di sana pelbagai aktiviti dapat di buat seperti aktiviti tubing, berenang dan jungle tracking.

3. Jurang Tembelan



Kalau siapa yang teringgin naik bot terbang sini lah tempatnya. ramai yang datang ke jogya memilih untuk ke sini kerana Jurang Tembelan menyajikan permandangan gunung ganang yang menarik.


4. Hutan Pinus Pengger



Hutan pinus Pengger di Dlingo, Bantul jadi salah satu destinasi paling hits di tahun 2017. Nampaknya di tahun 2018 spot-spot foto instagramable ini makin meriah. Dengan suasana sunset yang menarik pasti menjadi kenangan anda bila dah kembali ke tanah air.

5. Gunung Merapi 



Kat sini memang best kerana anda perlu bangun seawal jam 4 pagi untuk menaiki jeep ke kaki gunung merapi. untuk pengetahuan anda gunung ni masih aktif. di atas merupakan bunker jika berlaku letusan gunung berapi. anda boleh berlari masuk ke dalam bunker tersebut. tetapi bunker tersebut pernah menjadi detik hitam di kalangan penduduk setempat. kat area sini juga anda boleh melawat muzium merapi di mana semua gambar dan barangan kesan gunung berapi meletus ada di sana.

6. Candi Borobudur 
Sebut saja pasti kita akan tahu tentang candi yang terbesar di jogyajakarta iaitu candi borobudur. candi memang mengagum kerana sangat besar dan di bina tanpa menggunakan teknologi terkini. admin nak pesan kepada yang ingin membeli souvenir yang murah, beli lah di gerai/ individu yang menjual kat sana. harga dia tersangat murah. siap boleh tawar menawar lagi.


7. Pantai Timang



Salah satu pengalaman yang patut anda cuba ialah menaiki gondola kayu yang menggunakan tenaga manusia untuk menarik. bayangkan anda menyeberangi lautan menaiki gondola kayu. memang ngeri dan risau takut tali gondola tu terputus. maka hancur badan di makan lobster. dulu masa admin ke sana, kami perlu menaiki ojek selepas penat berjalan kami balik menjamu selera masakan kampung berasaskan lobster. harga pasti termurah.

8. Hutan Pinus



Di jogyajakarta terdapat banyak hutan pinus. terdapat banyak spot-spot yang menarik untuk bergambar. ada spot yang percuma ada yang berbayar tetapi tidak mahal sangat. anda boleh pergi pada waktu siang atau waktu malam.

9. Alun-alun kidul


setelah penat berjalan pasti anda mahu melihat suasana malam di jogjakarta. Anda boleh meminta supir anda membawa ke alun-alun kidul kerana di sana sangat best kerana terdapat banyak kereta berhias dan pelbagai street food yang mesti di rasa.

10. Coklat monggo


Kepada peminat coklat anda wajib ke coklat monggo. ia merupakan sebuah kilang memproses coklat. terdapat pelbagai perisa coklat yang anda boleh mencuba dan membelinya untuk di bawa pulang ke tanah air.

Tips melancong ke jogjakarta.

1. Sila beli simkad indonesia untuk mengunakan internet di sana. harga pasti lebih murah dan berbaloi.
2. Sila berurusan dengan supir anda lebih awal tentang tempat dan harga yang dikenakan. pastikan anda berurusan dengan supir yang sporting dan pandai mengambil foto seperti Andieska Kist . sangat recommeded. kalau nak berurusan dengan beliau sila klik link yang di atas.
3. Sila menjaga budi bahasa anda apa bila pergi ke sana, yang pasti jogjakarta memang aman dan orangnya sangat sopan.

SELAMAT MELANCONG.