TREND #1: MOBILFICATION
Tidak dinafikan, sekarang adalah era di mana segalanya di hujung jari anda. Lebih tepat lagi, di mobile phone anda. Samada untuk mencari maklumat, shopping, bersosial..segalanya lebih banyak dilakukan di smartphone kita..
That’s why, bisnes kita juga perlu mengambil kira faktor ‘mobilfication’ ini.
Apa dia mobilfication?
Actually benda ni dah lama disebutkan, iaitu me-mobile-kan bisnes anda. Maknanya, bisnes anda bukan hanya sekadar di satu platform mobile sahaja. Bukan hanya di satu2 media sosial sahaja.
Kalau bisnes anda dah ada FB, so kena tambah channel lain gak spt IG, Youtube, Twitter…
Kalau ada web/blog, kena pastikan ianya mesra mobile. Supaya selesa dan senang org utk access maklumat di web anda itu..
Jika berkesempatan, cuba juga wujudkan Apps untuk bisnes. Apps adalah antara cara terbaik utk pastikan bisnes anda lebih lebih trusted, nampak lebih professional, dan lebih ke depan berbanding pesaing lain.
Mobilfication dah disebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun kalau kita sekadar dengar je tanpa bertindak, apa gunanya? Betul?