Liverpool meneruskan permulaan sempurna musim ini ketika jaringan Georginio Wijnaldum dan Roberto Firmino memastikan pendahulu Liga Perdana itu menghukum Tottenham menerusi kemenangan 2-1 sebentar tadi.
Skuad kendalian Jurgen Klopp membalas kekalahan 4-1 musim lalu di Tottenham dibantu kesilapan dilakukan tuan rumah itu.
Wijnaldum membuka jaringan pada lewat babak pertama di Wembley hasil kesilapan penjaga gol simpanan Spurs, Michel Vorm.
Firmino memberi kelebihan buat Liverpool mencipta kemenangan kelima berturut-turut selepas rehat apabila penyerang Brazil itu meledak mudah hasil kesilapan pertahanan dan salah faham dilakukan Vorm.
Erik Lamela mendapatkan satu gol buat Tottenham sebelum penamat tetapi ia sudah terlalu lambat buat mereka mencari keputusan seri.