Terbaru, pasaraya ST Rosyam Mart menawarkan harga betul-betul kaw dengan menjual seekor ayam hanya RM0.80 sahaja.

Bukan sahaja menawarkan harga ayam yang murah, pemilik produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini juga menawarkan potongan harga yang meletop seperti nenas, kway teow dan juga mee dijual dengan harga RM 0.18 sahaja.

Terbaru Datuk Rosyam berkongsi video dimana orang ramai menyerang pasarayanya untuk mendaftar kad ahli secara percuma.

Cukup terkejut dengan sambutan yang diberikan, Rosyan tidak teragak-agak untuk memberitahu ketika ini juga dia sedang merancang membuka tiga lagi cawangan ST Rosyam Mart.

“Saya sudah menetapkan tiga lokasi lain, antaranya di Shah Alam, Bangi dan Melaka.

“Mengapa saya memilih tiga lokasi ini adalah kerana kepadatan orang Melayu di kawasan itu. Saya yakin itu adalah lokasi yang strategik untuk ST Rosyam Mart,” katanya panjang lebar.