Salam sejahtera semua..berjumpa lagi kita di arena penulisan blog. hari ini aku ingin mengutarakan tentang isu budaya kita sebagai orang timur. al maklum la nama orang timur kan tp jangan slh phm timur malaysia lak huhu...kang marah orang pantai timur kat aku. aku hanya ingin membicarakan tentang isu budaya orang timur kursusnya orang malaysia. bukan niat aku untuk membuka pekung di dada tp sekadar ingin mengajak para pembaca sekalian merenungi masalah ini bersama-sama. diharapkan selepas membaca coretan aku ini kalian yg terasa akan mengubah sikap. di sini aku berpesan kepada diri saya dan sekalian pembaca janganlah kita membuang sampah merata-rata. sila gunakan tong sampah.
kebetulan semalam aku telah mengunjungi satu pasar malam terkenal di negeri ini. semasa dok jalan2 aku terpandang satu fenomena yang xsanggup dilihat. pondok pengawal dijadikan tong sampah huhu..korang tengok la sendiri gambar tu. dah terpampang "jangan letak gelas minuman disini" makin dilarang makin dibuatnya. kadang2 aku terfikir gak kenapa orang akan membuat apabila dilarang?benda yg di suruh buat xnak buat plak. adakah ini ciri umat akhir zaman?hahaha aku macam ustaz plak. bukan apa kadang2 aku terfikir macam tu la. aku rasa semua orang di dunia ni akan memikir seperti aku fikir jg.

Aku pasti bukan tempat ini sahaja malah dikatakan semua tempat di malaysia ada saja masalah ini. kalau kita tengok bandar2 besar seperti kuala lumpur masalah seperti ini memang sudah menjadi budaya. bukan aku nak berbangga dengan negara orang putih, tetapi mereka sangat berdisiplin la. aku mendengar kawan2 aku yg dok luar negara seperti UK( united kingdom) bukan ulu klang ek.mereka kata tempat mereka tu memang bersih la bahkan tiada tukang kutip sampah seperti di malaysia. selain itu tukang kebun di sana pun perlu ada ijazah masa nak temuduga huhuhu....korang fikir la sendiri.

Aku rasa malaysia tidak mampu mencapai budaya seperti itu lagi ini kerana negara kita masih di takuk lama. aku mengharapkan akan berlaku perubahan tamadun masyarakat malaysia pada tahun 2020 selaras dengan wawasan 2020. sebut pasal wawasan 2020 korang tahu ke apa itu wawasan 2020?

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negaraperindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial,kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

Dari apa yang telah aku utarakan ini diharapkan dapat menjadi renungan kita bersama. adakah kita mampu mencapai segala impian kita menjelang tahun 2020. kalau diikutkan sekarang 2010 makna kita hanya mempunyai 10 tahun lagi untuk mencapai kegemilangan itu. aku mengharapkan pada era tersebut malaysia akan menjadi sebuah negara yg menjadi sebutan dikalangan para pelancong kerana dengan budaya yg membanggakan bukan menjadi budaya yg dihina oleh para pelancong. sekian dari aku.