
Selamat petang sekalian maaf kerana hari ini aku lambat mengupdate blog aku. bukan sebab apa dari pagi sampai petang aku agak sibuk sikit. al maklum la..aku dh start cuti tapi cuti sendiri la...tp bukan cuti2 Malaysia. kalau nak cuti2 Malaysia tunggu aku pergi sarawak bulan jun nanti la. kepada pembaca blog aku dari sarawak (penduduk bandar kuching dan sekitarnya) bolehlah bersabar menanti kehadiran aku ke sana. jumpa di sana.
Fokus aku hari ini bukan la nak crite pasal cuti2 Malaysia tapi aku ingin berkongsi idea dan pendapat dengan korang tentang isu gula di Malaysia. kepada pembaca aku dari golongan koperat boleh membaca dan ambil lah beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini. jangan mengharapkan kenaikan harga gula sahaja. seperti kita sedia maklum jika harga gula dinaikan sudah semestinya harga minuman dan makanan juga akan meningkat. aku merasakan menaikan harga gula bukanlah satu cara yang baik untuk menangani krisis gula di malaysia. untuk pengetahuan korang malaysia mempunyai empat kilang gula yang terbesar dirantau ini. antaranya ialah
1. CSR – Central Sugar Refinery (Shah Alam, Selangor)
2. GPT – Gula Padang Terap (Kedah)3. MSM – Malayan Sugar Manufacturing (Prai); dan
4. KGFP – Kilang Gula Felda Perlis
Dahulu kala aku agak pelik mengapa malaysia kekurangan gula? jika difikirkan dari logik akal adakah pokok tebu semakin berkurangan di malaysia. oleh sebab itu bekalan gula semakin berkurangan di pasaran. maaf sebab berkata adakah dengan cara menyembunyikan bekalan gula sehingga kerajaan mengumunkan kenaikan harga gula barulah pembekal akan mengeluarkan gula. adakah ini merupakan satu taktik pembekal. huhuhu kalau ditanya kepada pengilang gula. mereka mengatakan mereka telah menyerahkan kepada pemborong. kalau ditanya pemborong di mana gula. mereka akan berkata mereka telah mengedarkan kepada peruncit. kalau ditanya kepada peruncit gula ada ke tidak. semesti akan menjawab mereka telah lama terputus bekalan gula dari pemborong. jadi dimanakah gula itu berada sebenarnya???? kepada pembaca blog aku telah renungkan lah permasalahan aku ini.
ini keratan akhbar kosmo 27.5.2010
SEREMBAN - Sebuah syarikat pemborong dan peruncit yang didapati mengenakan syarat melampau dengan mewajibkan seseorang pelanggan perlu berbelanja sebanyak RM100 terlebih dahulu sebelum dibenarkan membeli lima kilogram gula akhirnya diserbu semalam.
Premis yang terletak di Jalan Dato' Siamang Gagap di sini itu diserbu sekumpulan penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Sembilan selepas menerima aduan ramai.
"Berikutan itu kami bertindak menyerbu premis berkenaan dan merampas lebih dua tan gula bernilai lebih RM3,300," katanya di sini semalam.
Korang tengoklah sendiri gula rampas dari peruncit. jadi jawapan kepada soalan aku tadi ialah gula berada dalam simpanan peruncit. mengapa peruncit berani menyimpan gula? ini kerana mereka menunggu kerajaan menaikan harga seterusnya membawa keuntungan berlipat ganda kepada mereka. setelah membaca kosmo pagi tadi aku tergerak jari jemari ku ini menaip tentang isu ini.
Mengapa perlu menyimpan gula? adakah tidak mencukupi keuntungan yg dinikmati selama ini ke wahai peruncit? apakah perasaan pak cik dan mak cik peruncit apabila berada di kalangan pembeli?. sudah semestinya pak cik dan mak cik juga akan melenting bagaikan cacing kepanasan apabila barang keperluan itu tiada. bayangkan pak cik dan mak cik membuat air kopi tanpa gula tetapi menambah senyuman sebagai pemanis kopi hahaha. tergelak aku sorang2 semasa menaip blog ini.
kepada pembaca blog aku sekalian aku harap korang bolehlah merenungkan apa yg telah diutarakan aku sebentar td. kepada pihak yg berkenaan sila ambil tindakan kepada peruncit yang menyembunyikan gula lagi. harap dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan mereka iaitu menyusahkan rakyat. sekian terima kasih dari aku.

0 Comments