Tadi aku telah mendapat satu bungkusan yang mengandungi headphone dr abg skynet. untuk pengetahuan korang aku telah membeli satu set headphone wireless( tanpa wayar) dari lelong. seperti kita sedia maklum di lelong korang boleh membeli macam2. hatta sekecil2 barang seperti pen kilometrico dan juga sebesar2 barang seperti kereta. entri kali ini bukan aku nak cerita tentang lelong tu tapi nak menceritakan headphone wireless yg baru aku beli tu.
Sebenarnya aku telah mempunyai 3 set headphone/earphone dan 1 speaker besar. mesti korang ingat aku suka membazirkan. sebenarnya aku membeli mengikut keperluan hehe..mula-mula dahulu kala aku telah membeli satu speaker besar. jenama Edifier. speaker ini telah dilengkapi dengan radio. dulu2 aku dok asrama 1 bilik 2 orang saja. jadi xmenjadi masalah untuk aku pasang kuat2 la..lg best time leh dengar radio era plak.

Selepas itu aku membeli headphone plak. headphone ini berjenama Somic. aku pun xtau produk dari mana. mayb dari China kot. headphone ini mempunyai ciri-ciri tersendiri iaitu mempunyai getaran apabila kita pakai. kalau aku mendengar lagu "dance" memang bergegar la otak aku. disebabkan getaran headphone tu.

Semasa cuti sekolah, aku x membawa pulang headphone tadi kerana agar besar headphone tu. maka aku pun melangkah kaki menuju Tesco Alor Setar. di sana aku telah membeli 1 earphone berjenama sony. aku berasa gembira kerana earphone kecil, ringan dan mudah di bawa kemana-mana. lagi 1 ciri keistimewaan earphone ini ialah aku boleh menukar warna earpeace dia. untuk pengetahuan korang aku pakai warna koko. memamg menarik la.

hari ini aku membeli headphone wireless plak. hehehehe headphone ini agak unik kerana dilengkapi radio. seperti kita tahu nama pn wireless. jadi aku boleh mendengar lagu dari mana2 ruang dalam rumah aku. al maklum la wireless kan.

sebagai kesimpulannya aku memang kagum la dengan teknologi zaman sekarang. tu baru tengok dari aspek headphone/earphone. aku percaya banyak lagi headphone yang canggih2 yg aku belum miliki. i.Allah dah kerja nanti boleh la mendapatkan headphone yg lg canggih. sekian dl untuk entri pada petang ini.