Dari fakta di atas jelas la terapi ikan merupakan salah satu terapi yang bagus. kebetulan plak tadi aku telah pergi ke lata tembakah, jertih, kuala terengganu. di sana aku telah berjumpa dengan Dr Ikan. memang best la..sambil dok relax2 dalam air datang ikan2 kecil menggigit kaki ku. macam kat spa ikan plak. tapi yang lagi best perkhidmatan ini adalah free( percuma). aku rasa korang semua patut pergi ke lata tembakah tu. siap leh jumpa Dr Fish lg. pastu tempat mandi dia memang xmengecewakan la.
Tadi (25.6.2010) aku bersama rakan seperjuangan aku telah bertolak ke sana pada jam 9.30 pagi. perjalanan memakan masa lebih kurang 2jam lebih la. setelah sampai di sana kami perlu berjalan kaki masuk ke dalam hutan. untuk pengetahuan korang semua lata ini mempunyai 5 tempat mandi yang berbeza kedalamannya. kami semua sebulat suara bersetuju untuk pergi tempat mandi yang kelima. paling jauh sekali. untuk sampai ke tempat ini, kami perlu berjalan sejauh 1.5 km. huhu sementara nak sampai ketempat tu korang aku nasihat kan mempunyai ketahanan mental yang tinggi la. tempatnya boleh tahan jauh la.
Setelah sampai kami membahagi kepada 2 kumpulan. satu kumpulan pergi mandi satu kumpulan lagi bbq ayam & hot dog yg di bawa. setelah itu kami bertukar shift. hahaha mcm keje la plak. men tukar2 shift. setelah semua siap bakar kami bersama-sama terjun mandi. setelah penat berenang barulah kami naik makan apa yg telah di bawa. selepas makan kami sambung main air. tiba-tiba hujan datang menitis-titis. kami telah membuat keputusan untuk naik sahaja kerana takut kepada "kepala air" . orang kata kepala air ini bahaya. paras air akan naik secara mendadak. oleh itu kami pun pulang.
Aku yg keletihan berenang dan tidak bermaya lg merasakan kawan2 aku akan terus pulang tp dorang merancang untuk ke La Hot Spring plak. dengan kudrat yg aku mejejak langkah untuk ke sana plak. setelah sampai kami pergi berendam tapi berendam kaki je,kalau berendam semua sekali memang masak la kami dibuatnya kat kolam air panas tu. memang panas la. menurut pemerhatian aku air tu boleh mencapai 80'C la. buktinya aku nampak asap keluar dari air itu. hahaha gaya mcm saintis plak. selepas puas berendam kami pun pulang ke rumah.
Hari ini aku berasa letih sekali. mana xletih nya. pergi main air terjun dan air panas. huhuhu esok kang deman plak kawan2 aku. kami telah selamat sampai di rumah pada jam 10 malam. aku rasa hari ini aku mendapat macam pengalaman untuk aku sepanjang aku berada di pantai timur ni. ok la pembaca blog aku sekalian aku berasa amat letih sekali. aku rasa dah panjang entri aku kali ini. jumpa lagi di entri aku yg akan datang dengan tajuk : Lata Tembakah De Best Ones.

0 Comments