Salam berjumpa lagi kita di entri aku terbaru aku. hari ini aku ingin menceritakan kejayaan aku di bumi serambi mekah ini (kelantan darul naim). sesungguhnya banyak kejayaan telah aku kecapi semenjak berada di negeri ini. aku berasa aku merupakan salah seorang insan yang bertuah didunia ini. Alhamdulillah aku ucapkan ke atas rahmat dari dari Maha Pencipta. sesungguhanya tanpa rahmat dan makfirat dari-Nya aku xkan berjaya.
Untuk entri kali aku menceritakan kejayaan aku bersama rakan seperjuangan aku menjayakan
pertandingan futsal peringkat IPG Kampus Kota Bharu,kelantan. tujuan kami menganjurkan pertandingan futsal ini adalah salah satu program mengumpul dana untuk lawatan kami ke sarawak. bukan niat aku untuk riak atau takabur disini aku hanya ingin berkongsi pengalaman menganjur futsal. jadi kepada pembaca blog aku yang ingin menganjur futsal tapi tiada idea bolehlah menghubungi aku.
Semasa penganjuran futsal berlangsung, seorang wartawan dari sinar harian telah datang untuk menemuramah aku tentang pengajuran futsal ini. aku pun menceritakan serba sedikit tentang futsal itu. pada keesokan harinya terpanpang wajah aku di dada akhbar tentang penganjuran futsal yang telah aku bersama rakan seperjuangan jayakan.
disini aku lampirkan keratan akhbar tersebut. kepada kalian yang sempat beli sinar harian bolehlah membaca disini. sekian terima kasih...