"tuah ayam nmpk dikaki, tuah manusia siapa yang tahu" kdg2 btol gak ckp org tua2 kan tuah aku sapa yg tahu hehe....hari ini aku telah dapat sekeping surat dr abg posmen. aku igt surat saman ke apa td. slps buka je aku terpandang logo F&N. nak je ku melompat mencapai matahari di langit bila membaca isu kandung surat tu. haha....aku telah memenangi satu contest yang dianjurkan oleh 100 PLUS.
sebenarnye aku masuk pn suka2 je. kebetulan mak aku membeli air 100 PLUS. semasa dok minum air tu aku terpandang contest tu kat botol tu. lalu aku menghantar kod yang terdapat
pd tudung botol. slps itu aku telah mendapat panggilan dari pihak F&N yang memaklumkan aku memenangi contest tu. aku igt sekadar gurauan je. setelah sekian lama, kini tiba lah hari yang di nanti-nanti. mesti korang nk tau apa yg aku menang kan..btol x?hehe aku telah memenangi sekeping cek yg bernilai RM50..biar kecik nilai nya buat kalian tp besar makna buat diriku. akhirnya aku telah menang. Alhamdulillah aku bersyukur ke hadrat ilahi...kerana mengurniakan kejayaan ini kpd diriku. semoga Allah akan sentiasa merahmati aku. tak dilupakan pada mak aku yg kini berada di kg. terima kasih mak sbb bli air 100 PLUS tu. "rini ceq menang mak" hehehe....tak di lupakan jg kpd syrkt F&N Malaysia jutaan terima kasih kerana memilih aku sebagai pemenang. jadi di sini aku nk menyeru kpd kalian minumlah air 100 PLUS byk2. nanti leh menang plak. tak dilupakn juga kepada semua pembaca blog aku especially to my follower whose ain,hidayah,nadia & maya cute. kalau tak kerana kalian blog aku xkan maju sehingga tahap ini.