Jam di dinding menunjukkan 5.50 ptg..
tp kawan aku xsampai lg...janji 5.30...
ni la di katakan janji melayu...huhu
tp aku bangga menjadi anak melayu...
setelah dia sampai, kami merempit ke tempat
air paling best..iaitu kedai air nyiur...
dalam bahasa kedah...ayaq nyok...hehehe...
tapi sayang la..kedai tu tutup...dengan perasaan hampa
kami menuju ke pantai sabak..tempat jepun mula mendarat tu..
tapi hajat kami tak tertunai juga..
selepas tu aku telah mengambil keputusan untuk pergi ke
Pantai Cinta berahi...tp sekarang di kenali sebagai pantai cahaya bulan...
di sana kami telah ternampak..orang ramai berkumpul...
rupa-rupanya ada pertunjukan ular..
aku berasa kagum dengan abang yang bermain dengan ular tu..
siap kiss kiss ular tu lg...
tanpa ku sedari jam tag heuer aku telah menunjukan jam 6.30 ptg
selepas kawan aku telah mengajak minum air nyiur ke gerai berhampiran
di situ aku telah dikejutkan dengan satu makanan iaitu ketam celup tepung..
saiznye aku anggarkan XXXL la..memang besar la...sebesar dua tapak tangan..
selepas selesai makan menuju ke rumah sewa kawan aku. disana melaksanakan tanggungjawabku sebagai muslim.setelah selesai kami menuju ke tempat snuker.
aku berasa bangga kerana aku dapat mengalahkan dia dgn street set..hehe
selepas itu aku pn pulang...bagi aku hari ini hari yang paling best..sbb boleh tgk
org main ular, boleh tengok ketam celup tepung terbesar dan dapat mengalahkan
kawan aku dalam snuker..