seperti aku telah janji kepada kalian..
aku nak crite ttg kg aku kan..
kg aku trltk di utara tanah air.
kg aku sangat menarik kerana di sekelilingnya
penuh dengan sawah padi..
memang telah menjadi rutin aku zaman kecil2..
cari ikan semasa musim menuai..
ada satu crite ingin aku kongsikan
untuk entri kali ini...
crite aku menangkap ikan darat(ikan puyu,ikan haruan & ikan keli)
slps balik sekolah aku tgk sblh umah aku mesin padi
tgh dok amik padi ayah aku..
aku tanpa berlengah lagi
terus mencapai serkap ikan & kampit baja
dengan lajunye aku berlari masuk ke bendang hehe..
aku lihat begitu ramai orang kg aku dok sibuk cari ikan juga
tiba2 aku ternampak satu kocakan air yg begitu kuat...
aku pasti itu adalah ikan..
dengan pantas dan efisyennye aku menerpa kocakan air itu
selepas berjaya menerpa aku memasukan tangan aku dalam serkap
setelah berhempas pulas..akhirnya aku telah berjaya menangkap seekor
bapak ikan haruan..aku dengan bangga mengangkat tinggi agar
semua orang kg boleh nmpk..
tiba2 ikan itu mengelupur dan akhirnya ia terlepas
dari menjadi santapan aku...
aku cuba mencari lagi tetapi tidak jumpa..
pandai juga ikan ni main nyorok2.
aku dengan hampa dan pilu..terus pergi ke tempat lain...
mencari ikan lain plak...
bagi aku musim menuai adalah musim yang sgt best..
kepada korang yang belum pernah terjun ke sawah boleh lah datang
kerumah aku...boleh terjun ke sawah aku dengan percuma...hehe
balik kepada crite kg aku...
kg aku mmg best la...
kalau musim padi menghijau lg best..
bangun pagi2..p jln2 kt tepi sawah...
fuhhhhhh memang nyaman r..
mcm dok dlm hutan...
di sini aku ltk gmbr serkap n mesin padi
untuk tontonan korang semua...