Nissan-Sylphynissan-serena2007_Nissan_Frontier_Navaranissanlatio
Nissan Serena, Navara, Sylphy dan Latio, yang dijual oleh Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), tidak terjejas oleh panggilan semula sejumlah 2.1 juta kenderaan Nissan di seluruh dunia.
“Bagaimanapun, ia berkata, terdapat kemungkinan hanya beberapa unit Nissan March yang diimport sepenuhnya, yang dijual oleh ETCM, mungkin terbabit dalam panggilan semula itu,” kata syarikat berkenaan dalam satu kenyataan hari ini.

16909a
ETCM berkata, kempen perkhidmatan selamat sudah diaktifkan untuk semua model Nissan March, yang dijual di Malaysia, dan pemiliknya dinasihatkan membawa kereta masing-masing ke Pusat Perkhidmatan Auto Express Tan Chong Express untuk pemeriksaan.
Semua kos buruh dan alat ganti untuk pemeriksaan keselamatan itu adalah percuma.