gadismelayu_559466489
29.10.2010 (10.25 P.M) – Maka ternobatlah seorang puteri Mohd Salleh sebagai juara Gadis Melayu musim Ke-3. Setelah mengharungi pelbagai dugaan selama tiga bulan maka malam ini adalah malam yang mendebarkan buat semua calon Gadis Melayu. Juara Gadis Melayu musim Ke-3 akan membawa pulang wang tunai RM 30 000, aksesori berlian bernilai RM 120 00, barangan Singer bernilai RM10 000, jam tangan dan juga sejambak bunga. Selepas melalui semua cabaran dan perkiraan maka Norazrina bt. Mohd Salleh telah diumumkan sebagai juara. dibawah adalah profile juara Gadis Melayu musim Ke-3.

47218_156294044385307_153253601356018_525066_7156662_n

Nama Penuh : Norazrina bt. Mohd Salleh

Nama Panggilan : Rina
Tarikh Lahir : 20 April 1985
Asal : Subang Jaya, Selangor
Adik-beradik : Anak ke-2 dari 3 beradik
Status : Usahawan
Warna kegemaran : Putih
Ciri-ciri peribadi : Berani, tidak mudah putus asa, dan tabah
Hobi :Membaca, melayari internet, dan menulis
Cita-cita :Usahawan berjaya
Bakat :Menulis dan berniaga
Apakah motto hidup anda?
Sekali buat, teruskan hingga berjaya.
Siapakah idola anda?
Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau seorang yang berpandangan jauh, berwawasan, mempunyai karisma tersendiri yang mampu mempengaruhi orang lain serta mempunyai semangat juang yang tinggi.
Ciri-ciri seorang Gadis Melayu mengikut pendapat anda?
Seorang yang mengekalkan adat dan adab sebagai seorang Gadis Melayu namun terus mempelajari dan melengkapkan diri dengan keperluan semasa agar mampu menghadapi dunia yang semakin mencabar.