Statistik bagi suku kedua tahun ini menunjukkan pelanggan telefon bimbit sudah melebihi 31 juta dan melepasi jumlah 28 juta penduduk negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah keseluruhan pelanggan itu menjadikan kadar penembusan kadar penggunaan telefon bimbit sebanyak 108 peratus.
Beliau berkata, kadar itu menjadi penyumbang terbesar iaitu melebihi 60 peratus jumlah keseluruhan pendapatan industri komunikasi dan multimedia di negara ini.
“Malah, perkhidmatan jalur lebar turut menunjukkan kemajuan sangat menggalakkan berbanding 2008 apabila hanya 22 peratus isi rumah melanggan jalur lebar.
“Selain itu, kadar penembusan jalur lebar mengikut isi rumah melepasi sasaran 50 peratus yang ditetapkan pada hujung tahun ini, di mana sehingga pertengahan bulan ini kadar penembusan jalur lebar mengikut isi rumah melepasi 53 peratus,” katanya.

0 Comments