30169dd647484f70409290cf56c024ae

PLUS Expressways Berhad (PLUS) akan memberi diskaun hingga hampir 20 peratus kadar tolnya dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi pada 1 hingga 3 November, dan 8 hingga 10 November ini bersempena dengan sambutan Deepavali. Pengarah Urusannya Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, diskaun berkenaan tambahan kepada diskaun 10 peratus yang sedia ada, yang dinikmati pengguna kenderaan kelas satu di lebuh raya PLUS dan ELITE di luar waktu puncak setiap hari.

“Pengguna kenderaan ringan boleh menikmati diskaun itu apabila keluar atau membayar tol di PLUS, ELITE dan Linkedua, kecuali di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, Tambak Johor Bahru, Plaza Tol Tanjung Kupang dan lebuh raya Butterworth-Kulim, " katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Plusline_04

Sementara itu, Kesas Sdn Bhd (KESAS) memaklumkan akan melaksanakan laluan kontra dari Kilometer (KM) 33.90 sehingga KM 32,60 di Lebuhraya Shah Alam (LSA) mulai jam 11 malam pada 30 Oktober sehingga 6 pagi 31 Oktober bertujuan melancarkan kerja pemasangan gantri di KM 33.5.
Katanya, semua pengguna dari Kuala Lumpur menuju ke Shah Alam dan Puchong dikehendaki membuat pusingan U di persimpangan Kota Kemuning.
“Pengguna LSA dinasihat mematuhi arahan papan tanda disediakan di kawasan kerja bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku, ” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Untuk pertanyaan, pengguna boleh hubungi hotline KESAS di talian 03-56337188 atau melayari laman web www.kesas.com.my.