kijangPB_Negeri_Sembilan-logo-4BC424CD31-seeklogo.com

23.10.2010 - Kelantan dan Negeri Sembilan akan bertemu di final Piala Malaysia selepas menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan kedua peringkat separuh akhir sebentar tadi. Tuan rumah Kelantan menewaskan Kedah 1-0 untuk mara ke final selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di Alor Setar. Kelantan memulakan aksi bertenaga selepas wisel dibunyikan. Kelantan dengan tonggak utama mereka iaitu Nor Sharul Idlan Talaha telah mengatur banyak serangan ke atas kubu pertahanan kedah. beliau telah dibantu dengan Hairuddin Omar dan Indra putra Mahyuddin. Kelantan telah memberikan persembahan yang terbaik. Akhirnya minit ke-85 Nor Sharul Idlan Talaha dengan sepakan sudut telah berjaya menewaskan penjaga gol kedah. Selepas itu kedah melancarkan serangan balas tetapi gagal menyamakan kedudukan. minit ke 94 wisel penamat telah dibunyikan oleh pengadil menandakan tertutup sudah ruang kepada kedah untuk masuk ke peringkat akhir. Tahniah diucapkan kepada pasukan kelantan dan selamat maju jaya pada peringkat seterusnya. kepada pasukan kedah jangan cepat kecewa, anda telah berusaha bersungguh-sungguh. kalah dan menang adat pertandingan. semoga berusaha lagi pada tahun akan datang.

Negeri Sembilan pula menewaskan Johor FC 2-0 di tempat lawan untuk layak dengan agregat 2-1. Negeri Sembilan memulakan pusingan kedua dengan bergaya apabila berjaya menundukkan johor FC. Negeri Sembilan sememangnya mempunyai semangat berpasukan yang kuat dan tidak mudah berputus asa telah memulakan serangan yang bertali arus dalam usaha mencari gol kemenangan. Negeri Sembilan ingin memastikan kemenangan milik mereka walaupun bermain ditempat lawan. akhirnya mereka telah menang dan layak peringkat akhir dengan bergaya.

Pusingan akhir akan berlangsung pada 30.10.2010 di bukit jalil. diharapkan kedua-dua peminat sila dapatkan tiket awal-awal. dijangkakan perlawanan tersebut akan mengulangi sejarah tahun lepas di mana kelantan telah tewas kepada Negeri Sembilan. pada tahun ini mereka berentap lagi jadi kita akan saksikan adakah Negeri Sembilan akan berjaya mengekalkan kejuaraan mereka dan kita dapat lihat adakah sejarah mungkin berulang lagi pada 2010.

KEDAH VS KELANTAN

NEGERI SEMBILAN VS JOHOR FC

MAKA:

NEGERI SEMBILAN VS KELANTAN