ne_02.1

pix_gal0 (1)pix_gal04 oktober 2010 Seorang pelajar wanita kolej kejururawatan swasta di sini, Balqis Azman, 18, dilaporkan hilang sejak 30 September lalu. Ibunya, Noorlela Abd Rahman, 37, berkata anaknya dipercayai hilang selepas selesai menjalani latihan praktikal di Taiping. Katanya, dia hanya menyedari kehilangan anaknya selepas mahu menjemput Balqis di rumah sewanya di Kampung Boyan, Taiping 4 Oktober lalu. Beliau berkata, pengurusan kolej berkenaan di Kawasan Perindustrian IGB, di sini memaklumkan Balqis pulang sendirian dari Taiping pada hari berkenaan.

Pada 13 oktober 2010 seorang remaja perempuan berumur 20-an telah dipercayai hilang. Rozaliya, 20, hilang selepas gadis itu menghantar dua mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada tunangnya berbunyi 'ada dua lelaki sedang mengekori' dan 'abang datang cepat, saya takut'. selepas berita kehilangan Rozaliya mula tersebar luas, ada seorang tauke sebuah premis di Bukit Bintang telah membuat laporan polis bahawa Rozaliya telah bekerja di premisnya. hasil pemeriksaan pihak polis remaja tersebut adalah Rozaliya. selepas membuat pengesahan pihak polis menghubungi ibu bapa Rozaliya yang berada di kemaman,Terengganu.

16 oktober 2010 terdapat seorang gadis dari pokok sena,Kedah turut dilaporkan hilang. gadis ini dipercayai akan melangsungkan perkahwinannya pada 20 november 2010. keluarga mangsa percaya mangsa telah dilarikan oleh individu tertentu. Siti Sakinah Ismail, kerani di sebuah syarikat kuari keluar dari rumahnya di Kampung Kolam, di sini, kira-kira jam 7 pagi untuk bekerja tetapi dia tidak datang ke pejabatnya. Ibunya, Zaiton Abdul Halim, 58, berkata Siti Sakinah yang memakai baju kurung biru dan tudung merah memandu kereta Perodua Viva miliknya dengan nombor pendaftaran KCB 7249.Katanya, anak bongsu daripada empat beradik itu bertunang dengan seorang pemuda berusia 24 tahun dari Kuala Sanglang, Perlis seminggu sebelum Ramadan lalu hasil pilihan keluarga.

sebagai kesimpulannya mengapakah kes-kes seperti ini berlaku di Malaysia hampir setiap minggu ada saja kes kehilangan remaja/gadis yang belum berkahwin. persoalannya mengapa ini sering berlaku??adakah kerana penangan lelaki lombok??adakah negara Malaysia negara tidak selamat??adakah kerana cinta??jawapannya ada pada anda sendiri. hanya anda mengetahui segalanya.