BlackBerry® Torch™ 9800
Hari ini saya ingin memperkenalkan satu model telefon dari keluarga Blackberry. Sebelum saya memperkenalkan model Blackberry yang terbaru ini elok rasanya saya memperkenalkan Blackberry itu sendiri. Blackberry telah dibangunkan oleh Research In Motion (RIM). Research In Motion (RIM) telah membangunkan pelbagai siri Blackberry dan model yang terbaru ialah BlackBerry® Torch™ 9800. Model terbaru ini mempunyai pelbagai ciri yang unik dan menjanjikan keselesaan kepada pemiliknya.
Antara ciri yang saya perkenalkan ialah keselesaan mengakses internet melalui BlackBerry® Torch™ 9800. Seperti kita ketahui BlackBerry® Torch™ 9800 telah dibangunkan bersama ciri-ciri 802.11 b/g/n, WPA / WPA2 Personal and Enterprise, Cisco CCX certified, Wi-Fi® access to BlackBerry® Enterprise Server, Wi-Fi access to BlackBerry® Internet BundleSupport for UMA (carrier-dependent). Kesemua ciri ini akan memberi keselesaan kepada pengguna apabila mengakses internet. Pengguna boleh memeriksa dan membuka email selain boleh memuat turunnya. BlackBerry® Torch™ 9800 ini seolah-olah notebook yang kecil di mana pengguna boleh mengakses internet di mana sahaja yang ada WI-FI. Sekarang anda boleh mengemas kini beberapa rangkaian sosial seperti Facebook, LinkedIn, Buzzd dan masih banyak lagi dengan single post atau mengumpul dan menapis semua rangkaian sosial anda dan suapan dalam satu paparan. Begitu mudah!
Ciri seterusnya ialah BlackBerry® Torch™ 9800 mempunyai ciri unik dalam visual di mana ia menampilkan 3.2" HVGA+ 480x360 pixel color display, 3.18" (measured diagonally), Light-sensing, proximity-detecting screen, User-selectable font size. Kesemua ciri ini akan memberikan keselesaan kepada pengguna BlackBerry® Torch™ 9800. Model ini menampilkan visual boleh sentuh (touch screen) yang mempunyai saiz 3.2 inci. Ini membuatkan pengguna mudah untuk melihat dan mengakses internet. Anda juga boleh menggunakan multi-tugas dengan menguruskan beberapa halaman terbuka dengan tab browsing serta penanda buku semua laman web kegemaran anda dengan ikon tanda atau nama-nama disesuaikan kanan dari paparan utama.
Selain itu model ini juga menampilkan memori 8GB yang boleh diupgrade sampai 32GB dengan kad microSD, pemain muzik yang disempurnakan yang membolehkan anda untuk melihat seni album penuh dan senarai lagu dalam potret atau lanskap. Ia hadir dengan kamera 5.0 MP serta flash, auto fokus-berterusan dan “image stabilization”, ditambah 11 mode imej dan merakam video untuk memudahkan saat-saat spontan.
CELCOM EXEC POSTPAID PLAN – CELCOM EXEC 50
Untuk pengetahuan korang aku telah menggunakan Celcom Exec Postpaid Plan – Celcom Exec 50. Aku dapati plan ini sangat sesuai pengguna telefon yang suka bercakap dan tidak suka menaip mesej. Setiap bulan aku hanya perlu mengeluarkan duit poket sebanyak RM 50 untuk membayar bil ini kerana bil aku hanya RM50 kerana aku boleh membuat bajet kerana aku boleh memeriksa jumlah bil semasa yang telah aku guna pada bulan itu. Plan ini juga mempunyai potongan diskaun lebih 30% secara automatik pada setiap bulan. Sebagai contohnya bil semasa aku adalah RM70 selepas diberi diskaun aku hanya perlu bayar RM50 termasuk dengan caj-caj lain. Ini adalah menjimatkan aku dan kepada bakal pengguna Celcom Exec Postpaid Plan – Celcom Exec 50. Terdapat banyak lagi sebab mengapa anda perlu menggunakan Celcom Exec Postpaid Plan – Celcom Exec 50. Antaranya ialah:
- Kadar 15sen untuk semua rangkaian
- Potongan diskaun secara automatik setiap bulan
- Bulanan yang rendah iaitu RM50
- Celcom Broadband Basic Plan for 1 month dengan kelajuan 384 Kbps secara percuma
Dari apa yang telah aku ceritakan ini memang sesuailah anda menggunakan Celcom Exec Postpaid Plan – Celcom Exec 50 pada BlackBerry® Torch™ 9800. Ini kerana boleh berbual tanpa had dan mengakses internet dengan selesa dengan Celcom. Seperti kita ketahui rangkaian Celcom adalah terbesar, terlaju dan terbaik di negara kita.

0 Comments