Hari ini saya mengambil masa untuk menganalisis angka terbaru dari pengguna Facebook. Saya juga ingin mengemaskini anda tentang negara-negara membangun yang melayari Facebook ini. Jumlah ini saya dapati di Facebakers.com yang dikemaskini setiap hari, dan selalu estimasi platform agar kembali kita pada hari-hari yang diberikan. Berdasarkan statistik selama seminggu terakhir,saya telah melihat beberapa pertumbuhan yang besar. Pertumbuhan ini baik di Amerika, Asia, dan Eropah, dan kawasan tumbuh atas mungkin Asia dalam hal jumlah orang, dan Eropah seterusnya. Untuk entri kali saya hanya memfokuskan kepada negara-negara Asia sahaja.
| BIL | NEGARA | PERATUS PENINGKATAN PENGGUNA FB |
| 1 | Thailand | 24.06% |
| 2 | Indonesia | 21.65% |
| 3 | Filipina | 20.55% |
| 4 | Pakistan | 16.90% |
| 5 | Malaysia | 16.84% |
Dari statistik yang dikeluarkan oleh Facebaker.com mendapati Thailand mencatatkan peningkatan pengguna FB paling tinggi iaitu mewakili 24.06 peratus. Menunjukkan peningkatan ketara dalam lima negara yang telah disenaraikan. Antara faktor yang berkemungkinan ialah faktor konflik dalaman yang berlaku semasa pemerintahan Takhsin. Pada ketika itu Perdana Menteri Thailand digulingkan kerana melakukan banyak penyelewengan. walaupun ditadbir oleh Perdana Menteri baru masih terdapat rakyat Thailand masih menyokong Takhsin. Oleh itu penyokong Takhsin telah menimbulkan konflik dalaman yang serius. selepas beberapa penyokong Takhsin telah memberhentikan tunjuk perasaan mereka. Maka Thailand telah kembali kepada asal. Sudah ramai rakyat Thailand mula mengenal rangkaian sosial Facebook ini.
Menurut statistik juga menunjukkan tiga negara lagi yang menunjukkan peningkatan terhadap pengguna FB. Antaranya ialah Indonesia, Filipina dan Pakistan. menurut Facebaker Malaysia terletak pada kedudukan yang ke-5 di mana peningkatan adalah sebanyak 16.84 peratus. Ini menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia sudah mengenali FB. tetapi masih beberapa keburukan FB. ini kerana terdapat sesetengah individu menggunakan FB untuk menjatuhkan maruah seseorang. Ini adalah perbuatan yang tidak dapat dimaafkan. Oleh itu kepada sesiapa yang terasa silalah insaf kerana perbuatan anda itu tidak memberi manfaat kepada anda malah akan memberi masalah kepada anda kelak.

0 Comments