
melawan....

Salam sejahtera semua wahai pembaca blog aku. hari ini aku ingin berkongsi idea tentang pembelian secara atas talian atau pun secara online. memang sudah menjadi kebiasaan manusia ingin mendapatkan sesuatu dengan cara paling mudah sekali. bahkan kalau boleh nak makan pun ada orang tolong suapkan. hahahaha semua orang nak kan layanan seperti seorang raja sedangkan raja pun xmendapat layanan seperti itu. ok berbalik kepada topik aku pada hari ini. aku membawa isu tentang lelong.com vs mudah.com.my. kepada korang yg tak tahu apakah web ini biar aku story mory skit kat korang. ini pun berdasarkan pembacaan dan pengalaman aku la. kalau terdapat sebarang kesilapan harap dimaafkan.
Apa itu lelong.com.my? lelong.com merupakan satu website dimana 1dunia boleh membeli belah secara online. di sini korang boleh membeli apa saja barang yg korang impikan sebagai contohnya aku telah membeli satu set headphone wireless. untuk pengetahuan korang kalau korang membeli headphone tu di supermarket harganya boleh mencecah ratusan ringgit. oleh kerana aku membeli di lelong.com.my aku hanya perlu membayar rm47 termasuk kos penghantaran. murah x kawan2?...aku rasa korang boleh fikir sendiri.hehe jawapannya ada pada korang sendiri. itu kalau kelebihan lelong.com tapi kalau kelemahan lelong .com ialah koarang xboleh tengok barang yg korang beli secara maujud. kalau crite tentang ni aku ada 1kisah nak share dengan korang. ada la seorang kawan aku suka juga la membeli barang di lelong.com. pada suatu hari dia telah membeli jam tangan. setelah tunggu hampir 4hari jam tu pun sampai. selepas buka saja bungkusan dia menunjukan aksi terkejut.agak2 korang sebab pe die terkejut??
jawapannya ialah jam tangan yg dibeli sangat besar dan tidak sesuai dengan tangan dia. walaupun murah tapi kadang2 berbaloi kalau tidak boleh pakai. satu lagi kelemahan yg aku dapat kesan ialah berlaku beberapa kes penipuan. antaranya ialah selepas kita membayar secara online tapi barang yang di beli tidak sampai. kalau murah xpe la juga. kalau mahal macam mana? sapa nak bayar kerugian tersebut. xkan kita nak pergi buat report polis. jadi berhati-hati semasa membeli di lelong.com.my
Ok tadi lelong.com sekarang mudah.com.my. melalui pembacaan aku. kalau satu website itu ada perkataan "my" maksudnya website itu telah didaftarkan di Malaysia. ok apa itu mudah.com.my kalau diikutkan pengalaman aku, mudah.com.my merupakan satu website dibina untuk para penjual menunjukkan barang jualan mereka. di sini para pembeli boleh membuat temu janji dengan penjual untuk melihat barang yg ingin dibeli terlebih dahulu. di mudah.com.my para pembeli boleh membeli secara online atau terus berjumpa dengan penjual. kalau crite mudah.com.my plak. aku ada crite lagi hehe...banyak x crite aku. sudah menjadi lumrah la blogger memang minat bercerita dan perlu mempunyai crite yg banyak. kalau x korang xleh menjadi blogger yg terkenal la. hehe itu impian aku kot. aku harap blog aku ini akan terkenal pada suatu hari. oleh itu mengharapkan korang yg akan membantu aku mencapai impian aku itu. eh aku melalut apa ni. ok balik kepada crita yg ingin aku kongsi dengan korang ialah. crite kawan aku beli grafik kad komputer harga rm20 tapi selepas letak dalam mudah.com.my selama 1malam sahaja beliau sudah mampu menjual grafik kad tersebut dengan harga rm50. hehe lumayan x kawan2..hehe jadi barang siapa nak kaya cepat boleh lah mejual dan membeli di mudah.com.my
Kalau korang tanya pendapat aku la..yg mn 1 menjadi pilihan aku jawapannya aku lebih suka membeli di mudah.com.my ini kerana aku boleh melihat dahulu produk yg ingin aku beli. bila aku sudah puas hati baru la aku menjalankan urusan jual beli dengan penjual tersebut. ok mesti korang tertanya2 cmnr aku boleh membeli headphone wireless tu di lelong.com.my ini kerana ada seorang kawan aku telah membeli headphone sebijik sama dengan aku. aku tengok dia pakai ok je lalu aku pun membeli di lelong.com.my kerana telah berpuas hati dengan produk tersebut. untuk itu aku tinggalkan persoalan. yang mana lebih baik..lelong.com.my atau mudah.com.my. korang pilih la sendiri. sekian dahulu dari penulis blog coretanku.

4 Comments
lelonglagi best... boleh bid... mudah x boleh bid.. hehehe..
ReplyDeleteKini ada lagi satu... www.letak.my milik penuh bumiputera...jom guna! :)
ReplyDeleteAda lg,sila guna www.amboi.com.my,lebih kurang macam mudah..heboh2kan n sebarkan
ReplyDeletebole carikan sy info kelemahan mudah.com kepada pengguna..
ReplyDelete